Sunday, 18 March 2012

setinggan



Masalah kewujudan setinggan sering kali dikaitkan dengan proses pembandaran. Proses pembandaran yang pesat telah memberikan pelbagai impak kepada penduduk di bandar-bandar utama. Menurut Katiman Rostam (2002), secara umumnya, pembandaran adalah suatu proses perubahan penduduk dari kawasan desa menjadi bandar. Proses pembandaran ini telah telah melalui tiga cara iaitu yang pertama perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Kedua adalah perluasan bandar yang merebak ke kawasan luar bandar di sekitarnya. Ketiga adalah melalui perancangan pembangunan in situ di kawasan desa yang menyebabkan guna tanah dan penduduk desa terbandar.

Istilah setinggan boleh ditakrifkan sebagai orang yang menempati tanah kerajaan secara haram. Takrifan ini dalah berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4. Manakala menurut Mohd Razali Agus (2001), mengikut Akta Darurat (kuasa-kuasa perlu) tahun 1969, seperti dalam peraturan-peraturan perlu (pembersihan setinggan-setinggan, 1969), setinggan didefinisikan “apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai sengkuap/ tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa sambungan atau binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan yang lain yang diperbuat daripada apa jua bahan sebagai tempat kediaman atau lainnya yang sedia ada atau yang dalam binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan faktor di atas mana-mana tanah seperti tanah kerajaan, swasta dan sebagainya.

Faktor-Faktor Petempatan Setinggan

11.  Masalah Perumahan
Masalah petempatan setinggan adalah disebabkan masalah perumahan. Proses urbanisasi yang terjadi di negara membangun seperti Malaysia menyebabkan permintaan terhadap sektor perumahan menjadi tinggi dan tidak dapat menampung permintaan. Ini menyebabkan masyarakat mengambil langkah mudah dengan mendirikan petempatan setinggan. Hal ini dibuktikan oleh Nor’ Aini Yusof dalam buku yang bertajuk Pemaju Swasta dan Perumahan Kos Rendah iaitu proses urbanisasi yang pesat di negara membangun menyebabkan masalah perumahan. Proses urbanisasi tersebut berlaku beberapa dekad sejak tamat Perang Dunia Kedua. Tiga masalah perumahan di bandar-bandar negara yang membangun adalah kekurangan perumahan, perumahan sesak dan peningkatan secara mendadak perumahan setinggan dan kawasan meleset.

Menurut Nor’ Aini Yusof dalam bukunya lagi, kajian di Asia iaitu di Bombay, antara tahun 1965 hingga 1981 mendapati 45,000 buah keluarga terpaksa tinggal di penempatan setinggan yang sesak dan bagi hampir 77 peratus daripada penduduk bandar raya tersebut, rumah yang didiami ialah bilik-bilik yang dikongsi dengan lima atau lebih orang (Pugh, 1989:29). 

Selain itu juga, Dennis A. Rondineli turut menyatakan hampir kesemua bandaraya sekunder di negara-negara membangun mempunyai masalah iaitu kekurangan perumahan. Akibat masalah kekurangan perumahan ini, maka petempatan setinggan turut wujud (Dennis A. Rondineli, 1993:260 diterjemahkan oleh Syed Nasir Salleh Al-Habsi)

   2.  Kenaikan Harga Tanah Bandar dan Kos Membina Rumah
Kenaikan harga tanah bandar dan kos membina rumah merupakan salah satu penyebab berlakunya setinggan. Keadaan ini memaksa golongan yang berpendapatan rendah tinggal di kawasan yang harga tanahnya lebih murah dan menyebabkan bertambahnya perumahan setinggan dan kawasan meleset di bandar-bandar negara membangun ( Nor’ Aini Yusof, 2007:24).

  3. Faktor Penghijrahan
Kepesatan Lembah Kelang telah menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan kepada penduduk luar bandar. Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke kawasan ini memberi kesan terhadap keperluan perumahan iaitu masalah untuk memilikinya. Masalah kekurangan rumah, terutamanya yang mampu dibeli oleh golongan ini mendorong pembukaan kawasan-kawasan setinggan baru (Mohd Razali Agus, 2005:18).

Menurut Mohamed Ismail (2005), setinggan sering dikaitkan dengan ketidakeupayaan sektor perumahan untuk bertindak balas kepada keperluan golongan penghijrah luar bandar yang kebanyakannya tergolong daripada golongan yang kurang berpengetahuan, kemahiran, dan pengalaman. Stok perumahan yang sedia ada tidak mampu yang dibeli atau disewa oleh golongan berpendapatan rendah yang menghuni di bandar.

Menurut Halizah sipun (2010), petempatan setinggan disebabkan faktor ekonomi dan sosial seperti penghijrahan oleh golongan yang berpendapatan rendah ke kawasan bandar untuk mendapatkan peluang penghidupan yang lebih baik tetapi gagal untuk mendapatkan perumahan yang berkualiti dan mampu untuk dimiliki ataupun dibeli oleh mereka.

Selain itu, penghijrahan oleh warga asing juga turut menyumbang kepada faktor terjadinya petempatan setinggan. Menurut Mohamed Ismail (2005), analisis pasukan pengkaji Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati hampir semua penduduk setinggan adalah terdiri daripada warga asing kecuali di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Peratusan yang paling tinggi adalah di negeri Sabah (Filipina) dan Kuala Lumpur (Indonesia). Masyarakat Filipina merupakan antara golongan imigran yang terbesar di Sabah. Imigran yang berhijrah ke negeri Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Ubian, Tagalog, Kegayan, Suluk, Bisaya, Iranum, Melanau dan sebagainya (Halina Sendera Mohd Yakin, 2003:13)

  4. Proses Pembandaran
Menurut Halizah Sipun (2010), proses pembandaran yang berlaku merupakan salah satu sebab yang mendorong kepada petempatan setinggan. Ini adalah memandangkan setinggan ini merupakan suatu golongan penduduk yang tercicir dalam mengejar arus pembangunan dan gagal mendapatkan manfaat pembangunan ini pada peringkat minimun.

  5. Faktor Golongan Berpendapatan Rendah
Menurut Razali Agus (2001), golongan yang berpendapat rendah dan sederhana tidak mampu membeli rumah dan menjadi setinggan sebagai kawasan untuk berteduh.
Kekurangan rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah menyukarkan golongan ini untuk memiliki rumah sendiri. Bagi menyelesaikan masalah perumahan di bandar, golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah terpaksa mendirikan rumah tanpa izin di tanah milik kerajaan atau tanah milik perseorangan /swasta (Razali Agus, 2001:54)

Selain itu, menurut Syed Nasir (1993), di Negeria, setinggan bercambah seperti cendawan akibat daripada masalah perumahan yang hanya lebih tertumpu untuk golongan yang berpendapatan tinggi. Ini bermakna golongan yang berpendapatan rendah hanya bergantung kepada setinggan sebagai tempat berteduh mereka.

  6. Perlindungan Ahli Politik
Salah satu sebab petempatan setinggan ini terus bertahan adalah disebabkan mendapat perlindungan daripada ahli politik. Di Bandaraya Kuala Lumpur, penduduk setinggan sering mendapat perlindungan ahli politik yang menubuhkan cawangan parti dan ini menyukarkan pihak penguasa tempatan mengambil tindakan untuk mencerobohkan rumah-rumah setinggan (Razali Agus, 2001:68).





Monday, 12 March 2012

GLOBALISASI???

Globalisasi boleh difahamkan sebagai dunia tanpa semadan. Ini bermakna segala aktiviti akan bergerak merentasi sempadan negara tanpa sebarang halangan. Menurut Stutz, Frederick dan Waft, Barey (2012) di dalam artikelnya yang bertajuk The World Economy: Geography, Business, Development menyatakan bahawa globalisasi dapat dirujuk sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku di seluruh dunia yang mana menjadikan ekonomi dunia dan pelbagai lapisan masyarakat saling bergantung diantara satu sama lain. Globalisasi juga boleh dilihat daripada aspek perkembangan dari segi skop, skala dan juga kepantasan dalam transaksi antarabangsa. Dengan kata lain, globalisasi dapat difahami apabila berlaku sesuatu pergerakan seperti pergerakan penduduk, barangan, idea, budaya, politik dan alam sekitar. Seterusnya, globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil iaitu dengan pengurangan masa dan kos pengangkutan serta komunikasi diantara msyarakat yang berada di tempat yang berbeza. Sebagai contoh, melalui jaringan sistem komunikasi seperti telefon dan internet dunia dapat dikecilkan apabila seseorang itu dapat berinteraksi walaupun melintasi sempadan dengan mudah sekali. Globalisasi dapat dilihat daripada beberapa dimensi iaitu globalisasi budaya dan penggunaan, globalisasi ekonomi, telekomunikasi, perbadanan nasional (transnational corporations (TNCs), globalisasi pelaburan, pekerjaan, perkhidmatan dan teknologi maklumat

Proses globalisasi yang berlaku telah menjadikan dunia semakin kecil yang boleh diibaratkan sebagai “kampung Sejagat” (Marshall McLuhan, 1964). Melalui perkembangan jaringan sistem komunikasi yang merupakan salah satu contoh, telah menjadikan proses globalisasi itu berkembang iaitu dengan adanya internet, telefon, dan pelbagai alat komunikasi yang lain. Selain itu juga, teknologi maklumat juga dikatakan berperanan dalam memperkasakan globalisasi sebagai fenomena sosial.

Note: serba sedikit perkongsian mengenai globalisasi untuk sebagai permulaan....