Globalisasi boleh difahamkan sebagai dunia tanpa
semadan. Ini bermakna segala aktiviti akan bergerak merentasi sempadan negara
tanpa sebarang halangan. Menurut Stutz, Frederick dan Waft, Barey (2012) di
dalam artikelnya yang bertajuk The World
Economy: Geography, Business, Development menyatakan bahawa globalisasi
dapat dirujuk sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku di seluruh dunia
yang mana menjadikan ekonomi dunia dan pelbagai lapisan masyarakat saling
bergantung diantara satu sama lain. Globalisasi juga boleh dilihat daripada
aspek perkembangan dari segi skop, skala dan juga kepantasan dalam transaksi
antarabangsa. Dengan kata lain, globalisasi dapat difahami apabila berlaku
sesuatu pergerakan seperti pergerakan penduduk, barangan, idea, budaya, politik
dan alam sekitar. Seterusnya, globalisasi telah menjadikan dunia semakin kecil
iaitu dengan pengurangan masa dan kos pengangkutan serta komunikasi diantara
msyarakat yang berada di tempat yang berbeza. Sebagai contoh, melalui jaringan
sistem komunikasi seperti telefon dan internet dunia dapat dikecilkan apabila
seseorang itu dapat berinteraksi walaupun melintasi sempadan dengan mudah
sekali. Globalisasi dapat dilihat daripada beberapa dimensi iaitu globalisasi
budaya dan penggunaan, globalisasi ekonomi, telekomunikasi, perbadanan nasional
(transnational corporations (TNCs),
globalisasi pelaburan, pekerjaan, perkhidmatan dan teknologi maklumat
Proses globalisasi yang berlaku telah menjadikan
dunia semakin kecil yang boleh diibaratkan sebagai “kampung Sejagat” (Marshall
McLuhan, 1964). Melalui perkembangan jaringan sistem komunikasi yang merupakan
salah satu contoh, telah menjadikan proses globalisasi itu berkembang iaitu dengan
adanya internet, telefon, dan pelbagai alat komunikasi yang lain. Selain itu
juga, teknologi maklumat juga dikatakan berperanan dalam memperkasakan
globalisasi sebagai fenomena sosial.
Note: serba sedikit perkongsian mengenai globalisasi untuk sebagai permulaan....
No comments:
Post a Comment