Masalah
kewujudan setinggan sering kali dikaitkan dengan proses pembandaran. Proses
pembandaran yang pesat telah memberikan pelbagai impak kepada penduduk di
bandar-bandar utama. Menurut Katiman Rostam (2002), secara umumnya, pembandaran
adalah suatu proses perubahan penduduk dari kawasan desa menjadi bandar. Proses
pembandaran ini telah telah melalui tiga cara iaitu yang pertama perpindahan
penduduk dari desa ke bandar. Kedua adalah perluasan bandar yang merebak ke
kawasan luar bandar di sekitarnya. Ketiga adalah melalui perancangan
pembangunan in situ di kawasan desa yang menyebabkan guna tanah dan penduduk
desa terbandar.
Istilah
setinggan boleh ditakrifkan sebagai orang yang menempati tanah kerajaan secara
haram. Takrifan ini dalah berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi
ke-4. Manakala menurut Mohd Razali Agus (2001), mengikut Akta Darurat
(kuasa-kuasa perlu) tahun 1969, seperti dalam peraturan-peraturan perlu
(pembersihan setinggan-setinggan, 1969), setinggan didefinisikan “apa-apa rumah,
pondok, bangsal, gerai sengkuap/ tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa
sambungan atau binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan yang
lain yang diperbuat daripada apa jua bahan sebagai tempat kediaman atau lainnya
yang sedia ada atau yang dalam binaan mengikut apa cara melainkan mengikut
pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan faktor di atas mana-mana
tanah seperti tanah kerajaan, swasta dan sebagainya.
Faktor-Faktor Petempatan Setinggan
11. Masalah Perumahan
Masalah petempatan
setinggan adalah disebabkan masalah perumahan. Proses urbanisasi yang terjadi
di negara membangun seperti Malaysia menyebabkan permintaan terhadap sektor
perumahan menjadi tinggi dan tidak dapat menampung permintaan. Ini menyebabkan
masyarakat mengambil langkah mudah dengan mendirikan petempatan setinggan. Hal
ini dibuktikan oleh Nor’ Aini Yusof dalam buku yang bertajuk Pemaju Swasta dan
Perumahan Kos Rendah iaitu proses urbanisasi yang pesat di negara membangun
menyebabkan masalah perumahan. Proses urbanisasi tersebut berlaku beberapa
dekad sejak tamat Perang Dunia Kedua. Tiga masalah perumahan di bandar-bandar
negara yang membangun adalah kekurangan perumahan, perumahan sesak dan
peningkatan secara mendadak perumahan setinggan dan kawasan meleset.
Menurut Nor’ Aini
Yusof dalam bukunya lagi, kajian di Asia iaitu di Bombay, antara tahun 1965
hingga 1981 mendapati 45,000 buah keluarga terpaksa tinggal di penempatan
setinggan yang sesak dan bagi hampir 77 peratus daripada penduduk bandar raya
tersebut, rumah yang didiami ialah bilik-bilik yang dikongsi dengan lima atau
lebih orang (Pugh, 1989:29).
Selain itu juga, Dennis A. Rondineli
turut menyatakan hampir kesemua bandaraya sekunder di negara-negara membangun
mempunyai masalah iaitu kekurangan perumahan. Akibat masalah kekurangan
perumahan ini, maka petempatan setinggan turut wujud (Dennis A. Rondineli,
1993:260 diterjemahkan oleh Syed Nasir Salleh Al-Habsi)
2. Kenaikan Harga Tanah Bandar dan Kos Membina Rumah
Kenaikan harga tanah bandar dan kos membina
rumah merupakan salah satu penyebab berlakunya setinggan. Keadaan ini memaksa
golongan yang berpendapatan rendah tinggal di kawasan yang harga tanahnya lebih
murah dan menyebabkan bertambahnya perumahan setinggan dan kawasan meleset di
bandar-bandar negara membangun ( Nor’ Aini Yusof, 2007:24).
3. Faktor
Penghijrahan
Kepesatan Lembah
Kelang telah menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan kepada penduduk luar
bandar. Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke kawasan ini memberi kesan
terhadap keperluan perumahan iaitu masalah untuk memilikinya. Masalah
kekurangan rumah, terutamanya yang mampu dibeli oleh golongan ini mendorong
pembukaan kawasan-kawasan setinggan baru (Mohd Razali Agus, 2005:18).
Menurut Mohamed
Ismail (2005), setinggan sering dikaitkan dengan ketidakeupayaan sektor
perumahan untuk bertindak balas kepada keperluan golongan penghijrah luar
bandar yang kebanyakannya tergolong daripada golongan yang kurang
berpengetahuan, kemahiran, dan pengalaman. Stok perumahan yang sedia ada tidak
mampu yang dibeli atau disewa oleh golongan berpendapatan rendah yang menghuni
di bandar.
Menurut Halizah
sipun (2010), petempatan setinggan disebabkan faktor ekonomi dan sosial seperti
penghijrahan oleh golongan yang berpendapatan rendah ke kawasan bandar untuk mendapatkan
peluang penghidupan yang lebih baik tetapi gagal untuk mendapatkan perumahan
yang berkualiti dan mampu untuk dimiliki ataupun dibeli oleh mereka.
Selain itu,
penghijrahan oleh warga asing juga turut menyumbang kepada faktor terjadinya
petempatan setinggan. Menurut Mohamed Ismail (2005), analisis pasukan pengkaji
Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati hampir semua penduduk setinggan
adalah terdiri daripada warga asing kecuali di negeri Melaka dan Negeri
Sembilan. Peratusan yang paling tinggi adalah di negeri Sabah (Filipina) dan
Kuala Lumpur (Indonesia). Masyarakat Filipina merupakan antara golongan imigran
yang terbesar di Sabah. Imigran yang berhijrah ke negeri Sabah terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik seperti Ubian, Tagalog, Kegayan, Suluk, Bisaya, Iranum,
Melanau dan sebagainya (Halina Sendera Mohd Yakin, 2003:13)
4. Proses Pembandaran
Menurut Halizah
Sipun (2010), proses pembandaran yang berlaku merupakan salah satu sebab yang
mendorong kepada petempatan setinggan. Ini adalah memandangkan setinggan ini
merupakan suatu golongan penduduk yang tercicir dalam mengejar arus pembangunan
dan gagal mendapatkan manfaat pembangunan ini pada peringkat minimun.
5. Faktor Golongan
Berpendapatan Rendah
Menurut Razali
Agus (2001), golongan yang berpendapat rendah dan sederhana tidak mampu membeli
rumah dan menjadi setinggan sebagai kawasan untuk berteduh.
Kekurangan rumah
untuk golongan yang berpendapatan rendah menyukarkan golongan ini untuk
memiliki rumah sendiri. Bagi menyelesaikan masalah perumahan di bandar,
golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah terpaksa mendirikan rumah
tanpa izin di tanah milik kerajaan atau tanah milik perseorangan /swasta
(Razali Agus, 2001:54)
Selain itu,
menurut Syed Nasir (1993), di Negeria, setinggan bercambah seperti cendawan akibat
daripada masalah perumahan yang hanya lebih tertumpu untuk golongan yang berpendapatan
tinggi. Ini bermakna golongan yang berpendapatan rendah hanya bergantung kepada
setinggan sebagai tempat berteduh mereka.
6. Perlindungan Ahli
Politik
Salah satu sebab
petempatan setinggan ini terus bertahan adalah disebabkan mendapat perlindungan
daripada ahli politik. Di Bandaraya Kuala Lumpur, penduduk setinggan sering
mendapat perlindungan ahli politik yang menubuhkan cawangan parti dan ini
menyukarkan pihak penguasa tempatan mengambil tindakan untuk mencerobohkan
rumah-rumah setinggan (Razali Agus, 2001:68).
No comments:
Post a Comment